Seusai ucapan wakil pelajar, pengerusi majlis telah menjemput wakil guru selaku pengarah program , Ustaz Hazman Ismail untuk memberikan ucapan. Antara intisari kata-kata beliau ialah pelajar haruslah menunjukkan sifat kesyukuran ke hadrat ilahi kerana dapat lagi menjalankan ibadah puasa dan menyambut syawal dengan gembira .
Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan tuan mudir, Ustaz Othman Muhamad . ''Dalam menyambut syawal , harus diingat saudara seislam yang tidak bernasib baik'' Acara perasmian telah dilakukan seusai ucapan mudir yang mana dirasmikan oleh para pentadbir . Seterusnya majlis diteruskan dengan permainan seperti ''Pemberita berkepala tiga'' , ''berbalas pantun'' dan diikuti persembahan nasyid dari wakil sekolah nasyid dan persembahan dikir barat dari pelajar tingkatan 4 dan 5 .
Tepat jam 12.30 tengahari, para guru dan pelajar menikmati jamuan yang disediakan.
No comments:
Post a Comment