Thursday, 16 April 2015

PERTANDINGAN HAFAZAN PERINGKAT NEGERI - AL-KAUTHAR MENCIPTA SEJARAH

8 APRIL 2015 – Satu pertandingan Hafazan telah diadakan yang mana SMU(A) Bustanus Saadah , Morak  telah dipilih untuk menjadi tuan rumah. Pertandingan ini disertai oleh 16 orang peserta yang terdiri daripada 14 buah sekolah . Pertandingan  bermula pada pukul 9 pagi dengan taklimat daripada Ustaz Abdul Bari selaku ketua hakim pertandingan . Usai bacaan daripada sekolah yang terakhir, keputusan pertandingan diumumkan oleh ketua juri.  Alhamdulillah kerana wakil SMU(A) AL-Kauthar , Ammar B. Mohd Nuri telah dinobatkan sebagai pemenang bagi kategori lelaki dengan markah sebanyak 93% . Manakala bagi kategori perempuan , wakil dari sekolah Maahad Muhammadi Perempuan Pasir Pekan telah dinobatkan sebagai juara . Sekalung Tahniah buat Pemenang .
'MEMBANGUN BERSAMA ISLAM'
'MEMBINA GENERASI AL-QURAN' 

Kemajuan Prasarana

Pada tahun 2009, SMU (A) Al-Kauthar menempa sejarah dengan pembinaan dua blok asrama 3 tingkat dan sebuah bangunan dewan makan. Bantuan ini disalurkan setelah wakil dari Kerajaan Pusat telah melawat dan melihat perkembangan prasarana sekolah.

Peningkatan Kurikulum AL-Kauthar

Tahun 2008 telah mula mengukir lembaran sejarah kecemerlangan sekolah apabila calon PMRU pada tahun itu, Muhammad Sobri bin Che Abdul Malik berjaya memperoleh 10 A dalam Penilaian Menengah Rendah Ugama (PMRU). Tahun tersebut telah mencatatkan kejayaan sekolah menerbitkan modal insan contoh. Beliau bukan sahaja berjaya dari sudut akademik, malah dari segi hafazan Al-Quran beliau merupakan pelajar terbaik.

Penubuhan SMU(A) AL-Kauthar




SMU(A)AL-Kauthar pada asalnya adalah sekolah agama biasa . Nama asal sekolah ini ialah SMU(A)Diniah yang ditubuhkan pada tahun 1963 . Sekolah ini merupakan sekolah dibawah kelolaan Yayasan Islam Kelantan (YIK).Lokasi sekolah ini terletak di tengah-tengah di antara tiga bandar utama iaitu Kota Bharu , Pasir Puteh dan Bachok menjadikannya cukup strategik untuk menjadi penempatan bagi sebuah sekolah . 




   Pada tahun 2006 , mudir SMU(A)AL-Kauthar telah memohon dengan pihak Yayasan Islam Kelantan (YIK)agar sekolah ini dijadikan sebuah institusi tahfiz-akademik . Dengan Izin Allah , permohonan oleh mudir telah diterima oleh pihak Yayasan Islam Kelantan (YIK). Seiring dengan itu , nama sekolah ini juga turut ditukar daripada SMU(A)Diniah kepada SMU(A)AL-Kauthar . 



   Segalanya bermula pada tahun 2007. Bermula tahun tersebut semua pelajar SMU (A) Al-Kauthar diwajibkan untuk menghafal Al-Quran mengikut silibus yang telah ditetapkan. Oleh yang demikian, proses kemasukan pelajar juga telah berubah. Pihak sekolah hanya akan menerima pelajar yang mampu membaca Al-Quran dengan lancar dan yang dapat menghafaz al-quran dengan baik. Mana-mana calon yang melepasi proses ini akan diterima masuk ke sekolah ini .



       Pada tahun 2008, SMU (A) Al-Kauthar telah terpilih antara 20 buah sekolah yang akan menerima bantuan dari Kerajaan Pusat melalui satu perjanjian yang ditandatangani oleh Allahyarham Dato' Bentara Setia Hj. Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, Mantan Menteri Besar Kelantan dengan kerajaan pusat. Maka, nama sekolah ini ditambah menjadi SMU (A) Al-Kauthar (SABK).