8 APRIL 2015 – Satu pertandingan Hafazan telah diadakan yang mana SMU(A) Bustanus Saadah , Morak telah dipilih untuk menjadi tuan rumah. Pertandingan ini disertai oleh 16 orang peserta yang terdiri daripada 14 buah sekolah . Pertandingan bermula pada pukul 9 pagi dengan taklimat daripada Ustaz Abdul Bari selaku ketua hakim pertandingan . Usai bacaan daripada sekolah yang terakhir, keputusan pertandingan diumumkan oleh ketua juri. Alhamdulillah kerana wakil SMU(A) AL-Kauthar , Ammar B. Mohd Nuri telah dinobatkan sebagai pemenang bagi kategori lelaki dengan markah sebanyak 93% . Manakala bagi kategori perempuan , wakil dari sekolah Maahad Muhammadi Perempuan Pasir Pekan telah dinobatkan sebagai juara . Sekalung Tahniah buat Pemenang .
'MEMBANGUN BERSAMA ISLAM'
'MEMBINA GENERASI AL-QURAN'
No comments:
Post a Comment