Thursday, 16 April 2015

Penubuhan SMU(A) AL-Kauthar




SMU(A)AL-Kauthar pada asalnya adalah sekolah agama biasa . Nama asal sekolah ini ialah SMU(A)Diniah yang ditubuhkan pada tahun 1963 . Sekolah ini merupakan sekolah dibawah kelolaan Yayasan Islam Kelantan (YIK).Lokasi sekolah ini terletak di tengah-tengah di antara tiga bandar utama iaitu Kota Bharu , Pasir Puteh dan Bachok menjadikannya cukup strategik untuk menjadi penempatan bagi sebuah sekolah . 




   Pada tahun 2006 , mudir SMU(A)AL-Kauthar telah memohon dengan pihak Yayasan Islam Kelantan (YIK)agar sekolah ini dijadikan sebuah institusi tahfiz-akademik . Dengan Izin Allah , permohonan oleh mudir telah diterima oleh pihak Yayasan Islam Kelantan (YIK). Seiring dengan itu , nama sekolah ini juga turut ditukar daripada SMU(A)Diniah kepada SMU(A)AL-Kauthar . 



   Segalanya bermula pada tahun 2007. Bermula tahun tersebut semua pelajar SMU (A) Al-Kauthar diwajibkan untuk menghafal Al-Quran mengikut silibus yang telah ditetapkan. Oleh yang demikian, proses kemasukan pelajar juga telah berubah. Pihak sekolah hanya akan menerima pelajar yang mampu membaca Al-Quran dengan lancar dan yang dapat menghafaz al-quran dengan baik. Mana-mana calon yang melepasi proses ini akan diterima masuk ke sekolah ini .



       Pada tahun 2008, SMU (A) Al-Kauthar telah terpilih antara 20 buah sekolah yang akan menerima bantuan dari Kerajaan Pusat melalui satu perjanjian yang ditandatangani oleh Allahyarham Dato' Bentara Setia Hj. Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, Mantan Menteri Besar Kelantan dengan kerajaan pusat. Maka, nama sekolah ini ditambah menjadi SMU (A) Al-Kauthar (SABK).

No comments:

Post a Comment