Wednesday, 2 December 2015

Majlis Perpisahan Tingkatan 5


.



2 November 2015 - Badan Asrama SMUAAK telah menganjurkan Majlis Perpisahan Tingkatan 5 yang berlansung secara gilang gemilang . Majlis ini dianjurkan bagi menghargai jasa pelajar tingkatan 5 Al-Kauthar yang telah mencurahkan segala kudrat bagi mengurus badan asrama dengan baik . Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada ketua asrama dan naib Ketua Asrama . 



Para pelajar tingkatan 4 telah bergotong-royong bagi menyediakan juadah untuk para pelajar lain . Seterusnya majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan khas dikir barat daripada pelajar tingkatan 5 yang menyampaikan 3 buah lagu yang penuh dengan mesej yang bermanfaat . Semoga pelajar tingkatan 5 yang akan meninggalkan Al-Kauthar sentiasa maju dalam kehidupan . 

Wednesday, 25 November 2015

Permohonan kemasukan pelajar tingkatan 1 sesi 2016

Permohonan bagi kemasukan pelajar tingkatan 1 sesi 2016 SMU(A) AL-KAUTHAR telah dibuka . Surat permohonan boleh diambil di pejabat sekolah .
Dengan syarat :
Pelajar SMK : 3A 2B
Pelajar SRI   : 2A 3B
Sila hubungi pejabat sekolah bagi maklumat lebih lanjut .
 Pejabat : 09-7123170
Fax         : 09-7123172
Alamat   : SMU (A) Al-Kauthar  16400 Peringat, Kota Bharu, Kelantan . Belakang pasar peringat .


Posted via Blogaway


Thursday, 29 October 2015

Tidak lama lagi akan berlangsung peperiksaan SPM . Baru-baru ini telah berlangsung peperiksaan percubaan SPM , dimana Sekolah AL-Kauthar telah melonjak naik . Dengan GPS 3.52 melintasi sekolah berprestasi yang lain seperti SMK Zainab (1) dan SMA Amalin A'ishah Putri .
 Semoga berjaya kepada Calon SPM AL-Kauthar 2015 . Bittaufiq Wa Najah!
Tamat sudah 2 peperiksaan awam yang diduduki oleh pelajar Al-Kauthar tempoh hari iaitu Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dan Sijil Menengah Ugama . Bagi pelajar tingkatan 1 dan 2 pula peperiksaan akhir tahun yang berlangsung tempoh hari juga telah tamat . 

Namun , tugas sebagai seorang penghafal Al-Quran belum lagi tamat untuk para pelajar . Bagi Pelajar tingkatan 1 , 2 dan 3 yang telah menduduki peperiksaan , waktu P&P pelajar digantikan dengan Kelas Tahfiz Al-Quran yang bermula daripada jam 7:30 pagi hingga 1:00 tengah hari . Jadual guru yang menjaga kelas Tahfiz sudah diedarkan kepada para pelajar .

Bagi pelajar tingkatan 4 pula , mereka akan menduduki peperiksaan akhir tahun yang akan berlangsung tidak lama lagi . Selamat menduduki peperiksaan akhir tahun!


Sunday, 2 August 2015

Sambutan Hari Raya 2015 Peringkat Sekolah

2 Ogos 2015 -Sambutan Hari Raya peringkat sekolah telah diadakan bertempat di dewan makan SMUAAK anjuran gabungan badan-badan Asrama sekolah . Para pelajar telah diarah untuk berkumpul di dewan makan sekolah . Pengerusi  bagi perhimpunan ini ialah Umar Al-Faruq B. Sabri dan Muhammad Azzuhaili B. Adnan .  Bagi memberkati majlis ini, thobur dimulakan dengan bacaan Doa oleh Muhammad Hasifuddin B. Hassan dari kelas 4 Imtiaz . Kemudian, majlis diteruskan dengan ucapan kata alu-aluan oleh Ketua Pelajar SMUAAK , Muhammad Arif Mustaqim B. Ramlan .
    Seusai ucapan wakil pelajar, pengerusi majlis telah menjemput wakil guru selaku pengarah program , Ustaz Hazman Ismail untuk memberikan ucapan. Antara intisari kata-kata beliau ialah pelajar haruslah menunjukkan sifat kesyukuran ke hadrat ilahi kerana dapat lagi menjalankan ibadah puasa dan menyambut syawal dengan gembira . 


   Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan tuan mudir, Ustaz Othman Muhamad . ''Dalam menyambut syawal , harus diingat saudara seislam yang tidak bernasib baik''  Acara perasmian telah dilakukan seusai ucapan mudir yang mana dirasmikan oleh para pentadbir . Seterusnya majlis diteruskan dengan permainan seperti ''Pemberita berkepala tiga'' , ''berbalas pantun'' dan diikuti persembahan nasyid dari wakil sekolah nasyid dan persembahan dikir barat dari pelajar tingkatan 4 dan 5 . 




Tepat jam 12.30 tengahari, para guru dan pelajar menikmati jamuan yang disediakan.

Saturday, 30 May 2015

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2015

Khamis, 28 Mei 2015 -SMU(A) Al-Kauthar telah mengadakan satu sambutan Hari Guru Peringkat sekolah padi hari khamis, 28 MEI 2015. Sambutan ini diadakan bertujuan bagi menghargai jasa guru yang telah mencurahkan jasa bagi mendidik para pelajar dan membina akhlak pelajar .

Sebelum sambutan bermula , pelajar mengalunkan asmaul-husna agar diberkati oleh allah . Acara dimulakan dengan acara outdoor oleh para guru . Para dibahagikan kepada 4 Kumpulan dalam acara outdoor . Antara acara yang dimainkan ialah seperti , gusti lengan , semakin jauh semakin sayang dan sebagainya .

Setelah selesai acara outdoor , majlis diteruskan pula dengan acara dalam dewan . Majlis dimulakan dengan kata aluan dari pengarah Program , Ust Haji Hazman dan Penolong Kanan Pentadbiran , Ustaz Khairul Anuar bin Othman . Kemudian , acara diteruskan pula dengan persembahan dari para guru , dan tayangan video khas hari guru hasil kerjasama antara para pelajar tingkatan 4 dan 5 .

Setelah  itu , majlis diteruskan pula dengan acara kemuncak iaitu acara penyampaian hadiah kepada para guru yang telah memenangi anugerah yang dipertandingkan , antara anugerah yang dipertandingkan ialah Anugerah Guru Popular 2015 dan Anugerah Guru Terbaik . Pemenang dipilih melalui hasil undian para pelajar yang diadakan .

Setelah selesai acara penyampaian hadiah, majlis akhirnya bersurai dengan persembahan dari semua para guru dan acara bersalaman para pelajar dan guru . Pada jam 12.30 Tengah hari , para pelajar bersama-sama bergotong royong membersihkan kawasan sekolah .

Persembahan khas guru(spontan)
 Acara bermaafan guru dan pelajar
 Anugerah Guru Berdisiplin yang disampaikan oleh Ketua Asrama 
SMU(A) Al-Kauthar kepada Ust Osman B. Mohd Noor .
 Persembahan khas dari semua guru




Alunan Syair yang merdu yang dialunkan
oleh Ustaz Mohd Al-Hadi
 





Thursday, 16 April 2015

PERTANDINGAN HAFAZAN PERINGKAT NEGERI - AL-KAUTHAR MENCIPTA SEJARAH

8 APRIL 2015 – Satu pertandingan Hafazan telah diadakan yang mana SMU(A) Bustanus Saadah , Morak  telah dipilih untuk menjadi tuan rumah. Pertandingan ini disertai oleh 16 orang peserta yang terdiri daripada 14 buah sekolah . Pertandingan  bermula pada pukul 9 pagi dengan taklimat daripada Ustaz Abdul Bari selaku ketua hakim pertandingan . Usai bacaan daripada sekolah yang terakhir, keputusan pertandingan diumumkan oleh ketua juri.  Alhamdulillah kerana wakil SMU(A) AL-Kauthar , Ammar B. Mohd Nuri telah dinobatkan sebagai pemenang bagi kategori lelaki dengan markah sebanyak 93% . Manakala bagi kategori perempuan , wakil dari sekolah Maahad Muhammadi Perempuan Pasir Pekan telah dinobatkan sebagai juara . Sekalung Tahniah buat Pemenang .
'MEMBANGUN BERSAMA ISLAM'
'MEMBINA GENERASI AL-QURAN' 

Kemajuan Prasarana

Pada tahun 2009, SMU (A) Al-Kauthar menempa sejarah dengan pembinaan dua blok asrama 3 tingkat dan sebuah bangunan dewan makan. Bantuan ini disalurkan setelah wakil dari Kerajaan Pusat telah melawat dan melihat perkembangan prasarana sekolah.

Peningkatan Kurikulum AL-Kauthar

Tahun 2008 telah mula mengukir lembaran sejarah kecemerlangan sekolah apabila calon PMRU pada tahun itu, Muhammad Sobri bin Che Abdul Malik berjaya memperoleh 10 A dalam Penilaian Menengah Rendah Ugama (PMRU). Tahun tersebut telah mencatatkan kejayaan sekolah menerbitkan modal insan contoh. Beliau bukan sahaja berjaya dari sudut akademik, malah dari segi hafazan Al-Quran beliau merupakan pelajar terbaik.

Penubuhan SMU(A) AL-Kauthar




SMU(A)AL-Kauthar pada asalnya adalah sekolah agama biasa . Nama asal sekolah ini ialah SMU(A)Diniah yang ditubuhkan pada tahun 1963 . Sekolah ini merupakan sekolah dibawah kelolaan Yayasan Islam Kelantan (YIK).Lokasi sekolah ini terletak di tengah-tengah di antara tiga bandar utama iaitu Kota Bharu , Pasir Puteh dan Bachok menjadikannya cukup strategik untuk menjadi penempatan bagi sebuah sekolah . 




   Pada tahun 2006 , mudir SMU(A)AL-Kauthar telah memohon dengan pihak Yayasan Islam Kelantan (YIK)agar sekolah ini dijadikan sebuah institusi tahfiz-akademik . Dengan Izin Allah , permohonan oleh mudir telah diterima oleh pihak Yayasan Islam Kelantan (YIK). Seiring dengan itu , nama sekolah ini juga turut ditukar daripada SMU(A)Diniah kepada SMU(A)AL-Kauthar . 



   Segalanya bermula pada tahun 2007. Bermula tahun tersebut semua pelajar SMU (A) Al-Kauthar diwajibkan untuk menghafal Al-Quran mengikut silibus yang telah ditetapkan. Oleh yang demikian, proses kemasukan pelajar juga telah berubah. Pihak sekolah hanya akan menerima pelajar yang mampu membaca Al-Quran dengan lancar dan yang dapat menghafaz al-quran dengan baik. Mana-mana calon yang melepasi proses ini akan diterima masuk ke sekolah ini .



       Pada tahun 2008, SMU (A) Al-Kauthar telah terpilih antara 20 buah sekolah yang akan menerima bantuan dari Kerajaan Pusat melalui satu perjanjian yang ditandatangani oleh Allahyarham Dato' Bentara Setia Hj. Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, Mantan Menteri Besar Kelantan dengan kerajaan pusat. Maka, nama sekolah ini ditambah menjadi SMU (A) Al-Kauthar (SABK).